Ulama’ menerangkan kepada kita bahawa kematian kita sebenarnya adalah permulaan bagi kehidupan yang sebenar. Berusahalah semampu mungkin dan jangan jemu berdoa kepada Allah SWT agar diri kita, ibu bapa kita, ahli keluarga, sahabat-sahabat dan umat Islam lain dimatikan dalam keadaan Islam dan husnul khatimah. Semoga malaikat yang mengambil nyawa kita dapat menjalankan amanah tersebut dengan sopan santun dan datang dalam keadaan berseri-seri. Inilah matlamat sebenar kita umat islam.
Tidak cukup setakat kita datang ke surau seorang diri sahaja tanpa mengajak keluarga dan jiran tetangga, tidak cukup kita pakai baju melayu atau jubah ketika ke surau atau masjid sahaja, tidak cukup setakat pergi mekah sahaja, tidak cukup setakat memberi sedekah aje, kita kena menjalani kehidupan kita seluruhnya mengikut agama Islam, yakni ikut perintah Allah, tinggal larangan-Nya, dan ikut sunnah Nabi SAW, 24 jam. Barulah senang untuk mati dalam Islam. Cuba kita renung kehidupan kita seketika…….Allahu Akhbar.
Ulama' mengesyorkan supaya kita amalkan dua doa untuk kita mati dalam Islam. “Kita ni dah lah tak reti nak berdoa, berdoa pun malas, ramai yang lepas solat, zooossshhh bingkas bangun nak kejar apa pun tak tahu….”.
Doa yang pertama, ada di surah Yusuf: 101 yang bergaris di bawah ini;
Kemudian doa yang kedua ada di surah al-aq’raf:126 juga yang bergaris;
Oleh itu ayuh kita kemaskan diri kita, tingkatkan Iman kita, tingkatkan taqwa kita kepada Allah, kerana masa kita mengadap Allah tidak kita ketahui. Mungkin petang ini, mungkin esok dan mungkin juga lusa. Mungkin jga selepas anda bace article ini.Tiada siapa yang tahu kecuali Si Pencipta.
Kesimpulannya, untuk kita mati dalam Islam kita kena buat 2 perkara, pertama, Istiqomah dalam amalan agama Islam 100% dan kedua, banyaklah berdoa kepada Allah SWT.
"Segala puji milik Tuhan Yang Maha Agung Pemilik SeluruhAlam ini, selawat dan salam atas Rasul Junjungan, Nabi Muhammad s.a.w., ahli keluarga dan para sahabat baginda. Ya Allah ajarkan kepada kami ‘ilmu yang bermanfaat, dan berikan manfaat kepada kami daripada ‘ilmu yang Kau ajarkan. Ya Allah, jadikanlah kami, ibu bapa dan keluarga kami serta umat Nabi Muhammad s.a.w. yang lain hamba-Mu yang istiqamah dan ikhlas mentaati-Mu. Jadikanlah akhir hayat kami dalam husnul khotimah dan melafazkan kalimah tauhid. Amin Ya Rabbal Alamin."
0 comments:
Post a Comment