Nah rasakan Kau!!!
Seorang pemuda yg sangat pintar meneruskan pengajiannya ke luar
negara. Setelah tamat pengajiannya, dia kembali ke tanah air. Setibanya
di rumah, dia meminta orang tuanya untuk mencari seorang guru agama,
kiyai atau sesiapa sahaja yg boleh menjawab tiga pertanyaannya.
Setelah
puas berusaha mencari, akhirnya orang tua pemuda itu berjaya
mendapatkan orang tersebut, iaitu seorang kiyai, lalu dipertemukan
dengan anaknya (pemuda itu).
Pemuda: Anda siapa? Dan apakah anda yakin anda boleh menjawab pertanyaan2 saya?
Kiyai : Saya hamba Allah dan dengan izin-Nya saya akan menjawab pertanyaan2 anda.
Pemuda:
Anda yakin? Sedangkan sebelum ini saya pernah menanyakan soalan2 ini
kepada Professor dan ramai lagi orang yg pintar, tetapi tetap juga
mereka semuanya tidak mampu menjawab segala pertanyaan saya.
Kiyai : Saya akan mencuba sejauh kemampuan saya.
Pemuda:
Saya ada 3 pertanyaan: (1) Kalau memang Tuhan itu ada, tunjukkan
kewujudan Tuhan kepada saya, (2) Apakah yg dinamakan takdir? (3) Kalau
syaitan diciptakan drpd api, kenapa dimasukkan ke neraka yg juga dibuat
drpd api? Tentu tidak menyakitkan buat syaitan kerana mereka memiliki
unsur yg sama. Apakah Tuhan tidak pernah berfikir sejauh itu?
Setelah mendengarkan kesemua pertanyaan pemuda itu, secara tiba-tiba kiyai tersebut menampar pipi pemuda tadi dengan kerasnya.
Pemuda (sambil menahan sakit): Kenapa anda tampar saya? Anda marah dengan soalan2 yg saya kemukakan?
Kiyai
: Jangan salah faham.. Saya langsung tidak marah... Sebaliknya tamparan
saya itu merupakan jawapan saya untuk kesemua tiga pertanyaan yg anda
ajukan kepada saya.
Pemuda: Saya langsung tidak mengerti apa yg kamu maksudkan.
Kiyai : Bagaimana rasanya tamparan saya itu?
Pemuda: Tentu saja saya merasakan sakit.
Kiyai : Jadi anda percaya bahawa sakit itu ada dan benar2 wujud?
Pemuda: Ya, pastinya saya percaya!
Kiyai : Kalau begitu, tunjukkan kepada saya kewujudan sakit itu!
Pemuda
itu hanya terdiam kerana tidak tahu bagaimana mahu menjawab soalan
kiyai. Dia percaya sakit itu wujud kerana dia dapat merasakannya, tetapi
tidak mungkin dia dapat tunjukkan kepada kiyai kewujudan sakit itu.
Kiyai : Itulah jawapan kepada pertanyaan pertama kamu - Kita semua merasakan kewujudan Tuhan tanpa mampu melihat-Nya.
Si pemuda kini mengerti apa yg dimaksudkan, dan dalam diam dia mengakui kebenaran kata2 kiyai tersebut.
Kiyai : Apakah malam tadi anda bermimpi akan ditampar oleh saya?
Pemuda: Tidak.
Kiyai : Apakah anda pernah terfikir bahawa anda akan menerima tamparan drpd saya pada hari ini?
Pemuda: Tidak.
Kiyai : Justeru, itulah yg dinamakan takdir.
Sekali lagi si pemuda terdiam, mengakui kebenaran kata2 kiyai itu.
Kiyai : Terbuat dari apa tangan yg saya gunakan utk menampar anda?
Pemuda: Kulit.
Kiyai : Terbuat dari apa pipi anda yg menerima tamparan saya tadi?
Pemuda: Kulit.
Kiyai : Bagaimana rasanya tamparan saya?
Pemuda: Sakit.
Kiyai
: Begitu juga halnya dengan syaitan dan neraka. Walaupun syaitan
dijadikan drpd api dan neraka juga terbuat drpd api, jika Tuhan
menghendaki, maka neraka akan menjadi tempat yg menyakitkan untuk
syaitan, biarpun mereka dari unsur yg sama.
Mendengarkan
jawapan si kiyai, pemuda tadi langsung tidak tahu mahu menjawab dengan
alasan apa lagi. Sesungguhnya mmg benar apa yg dikatakan oleh kiyai
tersebut.
Lihatlah, hanya dengan satu tamparan
keras oleh si kiyai, maka pemuda tadi terus menjadi sedar, insaf, dan
yakin dengan Islam. Segala persoalan yg sering bermain di fikirannya
dahulu, kini semuanya sudah terjawab. Sesungguhnya tamparan kiyai itu
merupakan satu tamparan yg penuh dengan makna!
Notakaki:
Tapi jangan pulak kalau lepas ni ada yg tanya soalan2 macam pemuda ni
tanya, terus cepat aje kalian naik tangan n tampar org yg bertanya tu.
Tengoklah jugak macam mana jenisnya org yg bertanya tu… takut lain pulak
jadinya.. nanti x pasal2 jadi gaduh pulak..
From : kongsibersama
0 comments:
Post a Comment