Pages

Friday, May 20, 2011

AlFATIHAH~~~

USUNG...jenazah mangsa dibawa ke Hospital Tuanku Fauziah  untuk dibedah siasat. Gambar kecil, Nur Syaza Yasmin.
USUNG...jenazah mangsa dibawa ke Hospital Tuanku Fauziah untuk dibedah siasat. Gambar kecil, Nur Syaza Yasmin.
PADANG BESAR: “Saya tak sangka niat arwah keluar membeli nasi ayam kegemarannya malam semalam (kelmarin) berakhir tragedi memilukan, malah lebih menyedihkan apabila saya tak sempat bercakap seharian dengannya.”
Begitu kata Ruslan Ali, 49, apabila anaknya, Nur Syaza Yasmin, 17, terbunuh akibat digilis sebuah kereta selepas terjatuh dari motosikal diboncengnya ketika cuba mengejar seorang lelaki yang cuba meragut beg duitnya di Jalan Kangar-Padang Besar dekat Balai Baru di sini, kelmarin.
Dalam kejadian kira-kira jam 8 malam itu, mangsa yang juga pelajar tingkatan lima Sekolah Menengah Kebangsaan Datuk Jaafar Hassan di sini meninggal dunia di tempat kejadian akibat kecederaan parah termasuk pecah kepala manakala adiknya, Nur Syaza Norah, 15, yang menunggang motosikal berkenaan hanya cedera ringan.

Ruslan dari Kampung Bukit Keteri berkata, anak kedua daripada empat beradik itu membonceng motosikal yang ditunggangi adiknya dan keluar dari rumah mereka kira-kira jam 7.30 malam.

Menurutnya, dia dimaklumkan mereka sempat mengisi petrol di stesen minyak berhampiran sebelum membungkus nasi ayam kegemaran arwah yang dibeli di Pekan Balai Baru.


ps>>peragut skunk makin mnjadi-jadi..haihhhh...kurg ajar tol...jom same2 kita sedekahkan alfatihah utk adik allahyarhamah nur syaza yasmin.,....ALFATIHAH~~~

4 comments:

dea izzana said...

;( alfatihah.. kurg ajar punya peragut.

afif_az said...

tu la pasal..chelakhaaaa tol..nk duet p la kerja..duk mkn duet haram..bangsat tol...huhu

cemomoi said...

yang buat dajal orang melayu, yang jadik mangsa orang melayu dan yang terbunuh juga orang melayu... malangnya nasib bangsaku yang namanya MUSLIM

afif_az said...

huuhuhu...melayu juga yg mmusnahkn bangsa sdiri..sbb pmimpin mlayu la rakyat mlayu idup mrana...mnyk naek lg :)