Pages

Wednesday, May 25, 2011

Woooowwwww~~


Apa akan jadi apabila sebuah peluru berpandu dihalakan kepada kita. Kita akan mengelak walaupun peluru
 berpandu itu tidak beroperasi. Bagamana jika peluru berpandu yang sama dihalakan kpd kita tetapi ditutup dgn kain. Fobia yg sama kerana kita tahu itu adalah peluru berpandu kerana bentuk kain itu memberitahu kita bahawa itu adalah peluru berpandu. tetapi jika peluru berpandu itu dimasukkan ke dalam kotak dan dihalakan kpd kita, kita tidak rasa apa-apa kerana kita tidak perasan dalam kotak itu peluru berpandu.
Itu sebabnya org tua-tua marah kalau kita bermain objek tajam kerana bimbang tercucuk mata atau melarang bermain dengan pisau kerana BIMBANG ada org yang akan terkena.
Tetapi ada satu lagi perkara yg boleh memudharatkan org awam tetapi dihalakan kepada sesiapa sahaja dimana sahaja setiap masa. Perkara itu ialah buah dada.
Buah dada adalah satu objek yg berbentuk dan semua orang tahu tugasnya. Jika hendak disenaraikan di sini, buah dada tugasnya ialah untuk menyusukan bayi dan sebagai tempat rangsangan seks lelaki. Mana-mana lelaki tidak kira muda atau tua tahu tugas buah dada dan agak sensitif dengan buah dada atau bentuknya. Seperti mana peluru berpandu, kita juga akan mengelak jika ada payu dara dihalakan kepada kita kerana bimbang perkara yang memudharatkan akan berlaku. Masalah yang kita hadapi sekarang ialah senjata berbahaya ini sudah dihalakan di merata tempat dengan cara bertudung tetapi tudungnya tidak menutupi bentuk buah dada.
Jadi setiap kali wanita itu berjalan dengan bentuk payu dara jelas ternampak, ia adalah seperti seorang askar sedang berjalan dengan memikul bazooka yang bersiap sedia untuk dilancarkan.
                                                                                Hik3
Sila lihat gambar ini, anak kecil ini memasukkan mulutnya ke dalam puting buah dada patung perempuan itu secara automatik tanpa disuruh kerana itu adalah lumrah bayi apabila ternampak buah dada. Ada bayi yang pernah memegang puting lelaki gemuk kerana hendak menyusu.Tidakkah bayi itu malu membuat perkara ini di hadapan orang ramai? tidak kerana itu memang lumrah seorang bayi untuk menyusu dan bayi itu masih belum berakal. 
Perkara yg sama tidak jauh bezanya dengan lelaki. Sebenarnya lelaki juga secara automatik terangsang untuk menyentuh buah dada yang terdedah. Yang menghalang mereka hanyalah akal yang mana faktor ini tidak ada pada bayi itu. Kaum lelaki tahu mereka mungkin akan dipukul oleh orang ramai atau dimasukkan ke dalam penjara kerana mengikut naluri mereka. Tetapi peliknya hukuman yang sama tidak dilakukan kepada orang yang merangsang lelaki itu - wanita yg mendedahkan bentuk buah dada mereka. 
 al-Quran sudah jelas melarang kita dari mendedahkan bentuk buah dada melalui firmanNya:
"Dan katakanlah kepada wanita-wanita yang beriman:Hendaklah mereka menahan pandangannya, dan memelihara kemaluannya, dan jangan menampakkan perhiasannya, kecuali yang biasa nampak padanya, dan hendaklan mereka MENUTUP KAIN TUDUNG KE DADANYA.."ayat al-Quran surah an-nur: 31
Ini kerana manusia adalah satu-satunya makluk di bumi yang mempunyai tempat menyusu yang berada di bahagian 'atas' dan 'depan' ketika berjalan. kita tidak berjumpa makhluk benita yang lain yang mempunyai kriteria yang sama. hanya satu haiwan yang mempunyai kriteria yang hampir sama dengan manusia tetapi masih jauh dari dapat menandingi manusia iaitu monyet.
monyet adalah makhluk yang juga ada buah dada di bahagian ATAS dan DEPAN tetapi satu kriteria utama mengapa buah dada monyet tidak dapat menandingi manusia ialah kerana buah dada monyet TIDAK ADA BENTUK. disebabkan oleh manusialah satu-satunya makhluk ada buah dada yang berada di DEPAN, ATAS dan BERBENTUK, kerana itulah diwajibkan manusia memakai tudung yang boleh menutup buah dada. Jika monyet juga memiliki 3 kriteria ini - DEPAN, ATAS dan BERBENTUK, mungkin monyet juga perlu diarah bertudung yang menutup bahagian dada.
Jadi ingatlah wahai wanita-wanita Islam sekalian, memakai tudung tetapi masih menonjolkan bentuk buah dada adalah sama seperti kita menghalakan roket kepada orang lain. Tidak ada orang suka roket dihalakan kepada mereka. 

source>>baitulmuslim

0 comments: